Selamat Hari Merdeka Folks!
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk buat pertama kalinya membelog ucapan dengan menggunakan Bahasa Melayu sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-49. Kesempatan ini ditujukan kepada teman-teman seperjuangan yang masih berada di United Kingdom, di tanahair (yg tengah dok berhempas pulas mencari sesuap nasi), teman-teman bloggers se-Malaysia (hargailah kebebasan membelog anda sebelum kebebasan anda dikawal kerajaan…hehe), kawan-kawan baru & lama, Cybertronian Malaysia (bila nak roll-out?), VIP-VIP yang tak VIP (belah la!), menteri-menteri yang bersih ke menteri-menteri yang korup (anda tau siapa anda)….
pasukan keselamatan – polis (baik dok buat keje jgn dok bantai orang je), tentera (nak pi Lubnan pi lah cepat) & kastam (ada benz baru mai jual kat aku), parti pembangkang (hail RPK, hail Tian Chua), aktivis seni, aktivis kemanusiaan, badan kehakiman, suhakam, bar council, penternak ayam kepada penjual jambu di R&R Bidor-Tapah kat lebuhraya utara selatan & tak lupa juga kepada model-model Malaysia yang chun melecun yang dok susah payah nak harumkan nama negara dengan pakaian yang menjolok mata dari KL ke Hertford plus si anu-anu & si polan-polan yang aku tak ingat nama tapi ada jasa.
Akhir kata, hayati lah perjuangan tokoh tokoh merdeka yang telah memerdekakan anda daripada belenggu penjajahan minda, hati & mentaliti. Patriotik atau tidak seseorang bukan pada kibaran Jalur Gemilang atau pakaiannya yang ala Mat/Minah Cemerlang. Patriotik itu sebenarnya terletak di hati & tiada siapa dapat mempersoalkan patriotik atau tidaknya anda melainkan diri anda sendiri. Selamat Hari Merdeka semua, kalu tengok bunga api dok ingatlah kitorang kat sini. Tima kasih.
Kepada suara yang serak serak basah tu jeritlah sekuat hati, kalau dah rasa jenuh boleh lah dok ambik obat sakit tekak.
Selamat Hari Merdeka Folks!
Proud supporter of “Kempen Belog BM” sempena Hari Kebangsaan
Pendukung “Project Happy Malaysia”
My Merdeka ‘Pun-Tone’
(inconjunction with Project Happy Malaysia);
tsu koon kena bidas
hisham main perang psikologi
Khairy main sentimen panas
MCA bengang mintak apology
menteri glamour rakus publisiti
menteri korup kuat main retorik
bukan mitos tetapi realiti
tu dia muka sebenar bigot politik
gubra menang award
sharipah armani kena komplen
menteri patut masuk ward
kecik hatinya bukan main
kastam eksais kena hambat
kat parlimen itulah tempat
korupsi negara semakin hebat
kepada yg terlibat cepatlah bertobat
isu AP isu Agusta
isu khairy menantu pak lah
mainan politik banyak dusta
kalau boleh kurangkan lah
Mawi masuk TV
bekas tunang keluar buku
Siti juga masuk TV
channel dibanding, mana yang laku
jambatan bengkok, isu pasir johor
jet jiran masuk ruang udara
singapore lagak macam taikor
tun mahathir pulak yg lantang bersuara
Raja Petra kolumnis hebat
mendiang MGG Pillai journalist agung
SB ganas tidak bertempat
salahlaku polis harus dibendung
minyak naik rakyat bising
rakyat protes kena hambat
kalau tak mau rakyat jadi samseng
cepat selesaikan sebelum terlewat
kolej TAR kolej tragedi
mangsa ragut mati terkebil
sebelum kes baru lagi terjadi
tindakan segera harus diambil
banjir kilat di ibu negara
kereta mewah dihanyutkan bah
mana dia tindakan segera?
dahulu ke sekarang belum berubah
tun mahathir kena sembur
dollah badawi kena tegur
walau negara dicaci dihembur
keamanan kita harus disyukur
iklan proton iklan petronas
iklan kebangsaan penuh bermesej
merdekakan mentaliti supaya bernas
bangunkan negara lebih berprestej
laungan merdeka bergema-gema
pasukan keselamatan segak berperisai
ayuh ubah mentaliti takuk lama
masih ada perjuangan yg belum selesai
Astrosurge,
Good one! Well done!
hi dean arif,
thanks for surfin in!
😀