Perak Chaos: My Message to My King II

After delivering my short message via DYMM Tuanku official guestbook, I dropped an email to DYMM Tuanku’s special PR officer with a semi-lengthy message in hope that my message and many other Perakians will be heard.

Here is what I’ve said;
“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon di ampun.

Patik mohon mengadap sembah Tuanku dan memohon Tuanku memperkenankan untuk bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk membolehkan rakyat Tuanku mengundi dan memilih kerajaan, demi untuk menyelesaikan ketidaktentuan yang melanda negeri kesayangan Tuanku ini supaya kerajaan yang benar-benar sah dapat diberi mandat untuk mentadbir semula bumi bertuah ini.

Berita mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang disebabkan kebobrokan kuasa sebilangan individu yang mengingkari janji dan taat setia untuk berkhidmat kepada kerajaan Tuanku amat dikesalkan dan sebagai anak Perak, patik amat malu dengan perkara ini kerana amanat yang mereka pikul tidak ditunaikan malah dimungkiri.

Dengan ini, patik berharap dengan kebijaksanaan dan wibawa Tuanku sebagai pendukung keadilan kepada semua dapat memberikan ruang kepada rakyat Perak untuk menentukan hala tuju bumi bertuah ini kerana patik tidak sanggup bumi bertuah ini dirompak dan ditadbir oleh orang yang bertopengkan tamak haloba, tiada muhasabah diri dan keji.

Sekali lagi patik mohon ampun dan berharap agar Tuanku dapat membuat keputusan terbaik untuk kebaikan anak-anak Perak. Tuanku sekiranya kelapangan diharap dapat melihat buku tamu di laman Tuanku dan buktinya, majoriti jelata mahukan Dewan Undangan Negeri dibubarkan segera. 

Sekian dan demikian sahajalah sembah patik yang sangat menyanjungi pendirian Tuanku dan amat mengharapkan limpah ihsan pertimbangan serta perhatian Tuanku. “

Ampun Tuanku.

Anak Perak

If any of you readers who wish to voice out directly to DYMM Tuanku, here are the details;

Setiausaha Sulit DYMM Paduka
Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
YDH Toh Raja DiRaja
Kol. Dato’ Abd. Rahim b. Mohamad Nor, D.P.M.P., K.M.N., K.A.T., A.M.N, P.T.S., P.J.K.
E-Mail:  abdulrahim@perak.gov.my 
Phone : 05-7761141 / 05-7761144 / 05-7761203 / 05-2540845
Fax : 605-7763724

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Darren
Darren
15 years ago

bro, go put this at the group on FB